Tuesday, June 29, 2010

Kempen Tak Nak Judi

Kempen Tak Nak Judi



judi judi judi.

aduhai judi.

Seorang bekas PM menyatakan dengan sombongnya akan meluluskan lesen judi jika dia masih berkuasa. Pemimpin apakah ini? cuba klik sini

Pemimpin-pemimpin kerajaan (kebanyakannya melayu islam) menyatakan perlunya lesen judi untuk mengekang perlakuan judi haram (judi ada haram halal ke?) terus berleluasa sepanjang piala dunia bola sepak berlansung.

apahal tu?

apa kah ceritanya?

'berat nanang' kata orang terengganu!

bangkitlah wahai pemuda pemudi sekalian!

bangkitlah menentang segala kemungkaran yang berlaku!


Kempen Tak Nak Judi diteruskan
3 Julai 2010
Masjid Negara

Monday, June 14, 2010

Perginya Seorang Mujahid



Innalillahiwainna ilaihi roji'un.

Sedih...

Terkejut...

Ungkapan yang tiada dapat diucapkan dengan pemergian seorang mujahid yang dihormati, pada 14 Jun 2010 bersamaan 1 Rejab 1431 H, kira-kira jam 2.00 petang tadi. Sedihnya pergi kerana samanya sedih Nabi Muhammad S.A.W. kehilangan Khadijah, isteri pertama baginda. Hilangnya satu jiwa besar dalam menegakkan dakwah Islam.

Innalillahiwainna ilaihi roji'un.

Ustaz Hj. Hassan Shukri

Al-Fatihah

Sunday, June 13, 2010

Permulaan daripada Pengakhiran - ada apa dengan hidup?


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Bersama Pak Mustapa Mansor di Perhimpunan Aman menbantah kekejaman israel terhadap aktivis Mavi Marmara di lautan antarabangsa yang berlansung di perkarangan masjid An-Nur UTP.

Setiap yang ada mulanya, pasti akan bertamu dengan akhirnya.

Alhamdulillah, suatu permulaan akan dimulai dengan berakhirnya suatu pengakhiran. Saya ditakdirkan ALLAH S.W.T. untuk menempuh hidup yang hanya saya seorang sahaja yang melaluinya.

Setelah berakhirnya suatu pengakhiran melalui detik-detik hidup di alam kampus yang serba mencabar iman, maka bermulanya suatu permulaan mencari jalan terbaik sebagai hamba ALLAH S.W.T dalam dunia luar kampus. Terdetik di hati untuk mula menulis untuk tujuan memperbaiki diri dan menyampaikan sesuatu yang berguna. Itulah permulaan yang saya pilih selepas suatu pengakhiran, menulis.

Kata orang yang 'biasa-biasa', hidup ini seperti biasa, bermula dengan alam bayi, menjengah ke alam kanak-kanak. Selepas itu belajar di peringkat tadika, memasuki ke peringkat rendah, pergi pula ke peringkat menengah, bertamu ke peringkat menara gading, bersua muka dengan alam pekerjaan, berkahwin, berkeluarga, dan.................

maka ada apa dengan hidup???

Jika hidup lama sedikit dengan izin ALLAH S.W.T., maka timbul pula keinginan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti 'Master', malah mungin hingga ke peringkat 'PhD'.

maka ada apa dengan hidup???

Bermula di Tadika Seri Ayu, saya mula mengenal ilmu huruf, hisab, dan lain-lain. Melangkah ke Sekolah Kebangsaan Taman Sri Gombak pula menjadi lebih mencabar, subjeknya lebih rumit dan perlu pemerhatian khusus. Bertandang pula ke Sekolah Menengah Kebangsan Hillcrest dan diberi peluang untuk menjadi pengawas selama 3 tahun di sana. Ada juga aktiviti-aktiviti lain seperti ber'kadet', ber'kelab', dan sebagainya menjadi rencah kehidupan awal remaja. Ditakdirkan pula berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan nama TIKL (Technical Institute of Kuala Lumpur) pada umur 16 tahun, lebih banyak cabaran dengan memegang beberapa jawatan penting di peringkat badan-badan pelajar, dan pertama kali secara serius memasukkan diri ke 'alam' nasyid sekolah-sekolah. Pertama kali juga diperkenalkan dengan situasi 'senior-junior' di asrama. Sangat-sangat menyeronokkan. Selepas itu merantau jauh di utara tanah air di Kolej Matrikulasi Kedah selama setahun. Berbagai-bagai ragam lain pula yang dihadapi. Arakian, mengakhiri perantauan dengan menetap di Tronoh, Perak, selama 4 tahun, belajar di Universiti Teknologi Petronas. Apa pula yang terjadi dalam hidup selepas ini?

maka ada apa dengan hidup???


Sahabat-sahabat seperjuangan, seketika sebelum menghabiskan sisa-sisa perjalanan hidup di alam kampus

Dalam Surah Az-Zariat, ayat 56 hingga ayat 58, ALLAH S.W.T. menerangkan tujuan hidup manusia. yang mana maksudnya:

56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

57. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.

58. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.


Semua yang berlaku dalam kehidupan ini perlu bertujuan dan bermatlamat. Saya mula belajar apa itu matlamat hidup ini ketika berada di alam kampus. Diberi peluang oleh ALLAH S.W.T. untuk ditarbiah oleh senior-senior dengan melangkah ke satu entiti yang dinamakan 'usrah', atau di kampus saya dikenali sebagai 'Smart Group', tujuan hidup mula dibincangkan dari satu usrah ke usrah yang lain. Alhamdulillah. Sangat membantu dalam membina kefahaman Islam yang syumul dalam diri saya. Bukanlah bermaksud, apa yang sudah berlaku dalam hidup kita selama ini sia-sia, tetapi ia adalah suatu proses hidup dalam mencari kebenaran dan mencari hidayah ALLAH S.W.T.

Maka, adakah itu bermaksud, perkara seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu "belajar-->kerja-->kahwin-->......." tidak membawa erti? Atau adakah ianya tidak patut seperti demikian kitaran hidup kita? Jawapannnya ialah bukan, malahan itulah kitaran hidup yang biasa dilalui oleh manusia yang menetap di Malaysia secara khususnya. Semua itu perlu direncahkan dengan adunan Islam yang syumul lagi sahih daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Saya ini bukanlah lulusan agama seperti kebanyakan orang-orang lain yang bisa berbicara hal agama dengan fasih dan ideal. Tetapi kesedaran tentang Islam itu ada dan perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa demi untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini.

Hidup ini adalah perjuangan untuk mencapai tujuan. Tetapi perlu juga dinyatakan, apakah kita sudah faham benar dengan tujuan hidup yang dikatakan ibadah itu? Apa itu ibadah kepada ALLAH? Adakah cukup sekadar rukun Islam yang lima? Fahami apa itu ibadah dalam kehidupan, ibadah di dalam pelajaran, ibadah di dalam perkahwinan, ibadah dalam perjuangan, ibadah dalam semua cabang, fekah, munkahat, ekonomi, politik, pemerintahan, kehidupan seharian, maka baru kena dengan makna yang sebenar. Bukankah Islam itu syumul (menyeluruh)?

adakah kita faham benar dengan maksud ibadah secara menyeluruh?

InsyaALLAH sekadar itu untuk tulisan saya yang pertama. Harap bermanfaat adanya. Doakan saya istiqomah untuk menulis yang baik-baik, dan juga dalam mencapai tujuan hidup saya yang juga tujuan hidup semua umat manusia yang sebenar. Jangan hanya menjadi seperti biasa,

belajar-->sekolah-->universiti-->kerja-->kahwin-->kerja-->kerja-->..................

Wallahua'lam.